Menurut Tengku Akhbar (2006), perancangan perniagaan
ialah suatu rangkaian aktiviti yang disempurnakan berulang-ulang.
Aktiviti-aktiviti yang dilakukan ialah persekitaran perniagaan, penetapan misi
dan objektif, perumusan strategi, pelaksanaan strategi dan kawalan strategik.
Perniagaan yang tidak mempunyai penyataan misi akan terdedah kepada pembaziran
sumber dan masa kerana cuba menjalankan operasi perniagaan tanpa arah.
Menurut Syarifah Akman (2007), menyatakan rancangan
perniagaan dihasilkan sebagai satu mekanisme bagi syarikat menjalankan
perniagaan yang kompleks dan mencabar. Syarikat-syarikat yang beroperasi dalam
pelbagai industri hari ini menghadapi pelbagai cabaran dalam persekitaran
ekonomi yang sedang pesat membangun. Mereka perlu mengekalkan dan meningkatkan
daya saing dalam pasaran dengan nilai tambah ekonomi bagi membantu perniagaan
supaya maju dan dinamik. Salah satu elemen yang membantu perniagaan mencapai
kejayaan dalam pasaran yang diceburi adalah rancangan perniagaan yang mantap
dan berkesan.
Rancangan Perniagaan adalah satu dokumen perancangan yang
membentangkan segala matlamat yang hendak dicapai dan bagaimana hendak
mencapainya dalam masa yang ditetapkan (Jamaluddin, 2013). Ia juga adalah satu
dokumen penting bagi seseorang usahawan sebagai garis panduan setiap kali
berurusniaga. Sesuatu idea perniagaan yang dirancang seumpama resepi sesuatu
masakan beserta proses penyediaannya yang akan mematikan hasil yang diharapkan
boleh dipersembahkan atau dipasarkan kepada pengguna.
No comments:
Post a Comment